Thursday, 17 October 2013

Entry yang pertama

Assalamualaikum.....ini adalah posting saya yang pertama untuk blog Sakina Abaya. Selamat Datang kepada kawan-kawan yang sudi singgah di sini ya. Sakina Abaya adalah tempat saya berkongsi minat saya dalam bidang jahitan dan percubaan saya untuk berniaga. Walaupun bidang perniagaan adalah baru bagi saya tetapi saya percaya dengan usaha yang berterusan, menuntut ilmu yang berkaitan dan pengalaman, insyaALLAH kejayaan akan menjadi milik saya suatu hari nanti.

Untuk makluman saudara saudari, para muslimah yang dikasihi, Sakina Abaya menerima tempahan menjahit abaya secara pre order. Ini bermakna selepas membuat bayaran penuh dan saudara saudari telah memberikan butir-butir tempahan yang diperlukan, barulah saya akan menjahit jubah tersebut. Setakat ini produk yang ditawarkan adalah abaya/jubah. InsyaALLAH...jika ada rezeki, produk2 lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Kenapa saya memilih abaya dan pakaian muslimah? Kerana saya mahu jalankan satu perniagaan yang mendekatkan diri saya lebih kepada ALLAH (s.w.t). Selain berniaga, saya mahu menjadikan bidang ini sebagai satu dakwah saya untuk menggalakkan para muslimah untuk memilih pakaian yang menutup aurat seperti yang ditetapkan oleh syariat. Semoga dengan cara ini juga, saya akan dapat mendidik diri saya sendiri untuk turut sama berubah dan menjadi insan yang lebih baik. Aminnn...

Selain dari blog ini, Sakina Abaya juga ada laman  facebook  dan juga Instagram. Cari nama Sakina Abaya ya.

Cara-cara membuat tempahan:

1. Pilih design/code product yang disukai.
2. Hantar mesej/pm melalui e-mail sakinaabaya@yahoo.com. Buat masa ini tempahan hanya boleh dibuat melalui pesanan e-mail sahaja ya. InsyaAllah nanti saya akan daftarkan nombor telefon pula untuk perniagaan ini.
3. Tunggu pesanan balas dari kami.
4. Selepas dapat pengesahan, sila buat bayaran seperti e-mail yang dihantar oleh pihak Sakina Abaya.
5.Bergantung kepada tempahan sedia ada, tempahan anda akan cuba disiapkan secepat mungkin. Masa yang kami janjikan selewat2nya adalah 3 minggu dari tarikh bukti pembayaran dikemukakan.




No comments:

Post a Comment