Tuesday, 22 October 2013

WAKAF QURAN DI MASJIDIL HARAM



MAKSUD WAKAF
Dari sudut bahasa :
Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ  ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’( اَلْمَنْعُ  ) bermaksud dihalang
Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)

Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf am bermaksud  sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.
Wakaf khas pula bermaksud  wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

RUKUN WAKAF
  1. Orang yang mewakafkan. (الْوَاقِفُ)
  2. Pihak yang menerima wakaf. (المَوْقُوْفُ)
  3. Benda yang diwakafkan.  (الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ)
  4. Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat (juga dikenali dengan sighah wakaf. (حُجَّة)

Dalil Pensyariatan

a) AL-QURAN
Surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bermaksud:
Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.
Surah Ali ‘Imran, ayat 92:
Bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
b) HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”
Hadith Riwayat Muslim
Hadith dari Ibni Umar r.a.
Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:
“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.
c) IJMA’
- Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200).
- Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).
- Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375).

Perkhidmatan Wakaf Quran di Masjidil Haram. Di jalankan oleh Ustaz Haji Hishamuddin Mansor. Untuk maklumat lanjut,  hubungi kami di 019-4225335 atau e-mail di sakinaabaya@yahoo.com


No comments:

Post a Comment